mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari ini

WANITA HARI INI

Persatuan Wanita atau lebih dikenali sebagai GPW (Gerakan Persatuan Wanita) telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan kini berpusat di Pejabat GPW, Bangunan Wisma JKKR Felda Keratong 2, Bandar Tun Razak, Pahang.  Bertujuan membangunkan dan memajukan golongan wanita di komuniti masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Kini, lebih 555 orang wanita telah mendaftar sebagai ahli yang diterajui oleh Puan Noraziah binti Awang.

Persatuan ini berfungsi sebagai penggerak, perangsang dan satu badan untuk memajukan golongan wanita terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial.  Antara aktiviti dan khidmat yang telah dijalankan adalah bacaan Yassin setiap minggu pada hari Jumaat, gotong-royong perdana dan yang terbaru ialah pameran dan jualan hasil kraftangan di Kuala Lumpur.

(Sumber : Pengerusi GPW dan Wisma JKKR Felda Keratong 2)