BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN
NORALIZA BINTI ABU BAKAR
33 TAHUN
KEAHLIAN PADA TAHUN 2016
LATAR BELAKANG
Seorang anak peneroka yang sudah bersuami dan mempunyai 3 orang anak. Tidak bekerja tapi berminat dengan masakan (baking cake). Kebiasaan hanya “baking cake” untuk keluarga dan kawan. Sekarang sudah berniaga secara online, menerima tempahan daripada komuniti setempat.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M
Puan Noraliza hanya membuat kek untuk ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja. Setelah dijemput untuk membuat kelas masakan (baking cake) di Pi1M Keratong 2 bersama-sama usahawan online (usahawan yang berniaga kek secara online), beliau sudah menerima tempahan luar dan sama-sama menceburi usahawan online.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M
Selepas beliau bersama-sama menjayakan program “baking cake” bersama usahawan online di Pi1M Felda Keratong 2, Puan Nora sedikit sebanyak menerima tempahan luar dan hingga ke hari ini beliau menerima tempahan kek dari komuniti luar dan beliau juga sudah digelar usahawan online (baking cake)
.