mcmc
Galeri Foto

PELANCARAN NEGARAKU : SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pelancaran Negaraku meriah di Pahang

ROMPIN 15 Ogos – Pelancaran sambutan kemerdekaan bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa peringkat negeri meriah dengan kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa di sini.

Baik kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat Orang Asli semuanya hadir dengan semangat cinta akan tanah air. 

Pelancaran berkenaan turut menerima kehadiran seramai 107 peserta konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 (KMN17) yang menjelajah ke negeri Pahang hari ini. 

Walaupun hujan, orang ramai tetap tidak berganjak kerana pelbagai kaunter perkhidmatan turut disediakan seperti semakan kesihatan, daftar pemilih, Pusat Internet 1Malaysia serta pameran agensi perkhidmatan awam.

Yang turut hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hassan Ariffin serta Ketua Konvoi KMN17, Masnoor Ashaari.