




Kepada Ibu Bapa/Penjaga
🆘PEMAKLUMAN BERKAITAN INFLUENZA
🦠Influenza merupakan sejenis penyakit jangkitan saluran pernafasan yang mudah merebak, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan demam tinggi, batuk, sakit tekak, sakit badan, keletihan, dan dalam sesetengah kes, komplikasi yang lebih serius.
⚠️Bagi mencegah penularan influenza, ibu bapa digalakkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:
😷Ajar anak-anak mengamalkan etika batuk dan kebersihan diri seperti menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dan kerap mencuci tangan dengan sabun.
🤒Elakkan membawa anak ke tempat sesak jika mereka menunjukkan simptom selesema atau demam.
🥛Minum air masak secukupnya.
❤️🩹Pastikan anak berehat di rumah jika tidak sihat untuk mengelakkan menjangkiti orang lain.
🥗Amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif untuk menguatkan sistem imun anak-anak.
👐🏻Kerjasama ibu bapa amatlah dihargai dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak serta seluruh komuniti sekolah sentiasa terjaga.
Sekian, terima kasih.