USAHAWAN KECIL
Nama |
: NATASHA BINTI ROSELEE |
Umur |
: 36 Tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Tasha adalah seorang anak peneroka Felda Keratong 2. Beliau sudah berumah tangga. Beliau menjalanan perniagaan penjualan barangan kosmetik. Membuat penjualan secara offline dan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Puan Tasha hanya tertumpu kepada pengiklanan produk beliau menggunakan aplikasi whatsapp dan facebook sahaja. Beliau kurang mengetahui penggunaan aplikasi lain. Selain daripada itu, beliau juga menjual barangan kosmetiknya di Pasar tani di sekitar Felda ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2. Puan Tasha sudah mula belajar cara-cara untuk mengiklankan produknya di aplikasi lain selain daripada whatsapp dan facebook. Beliau sudah mempelajari aplikasi “MyShop” di Dashboard Pusat Internet dan juga di aplikasi lain. Sekarang Puan Jannah sudah mempunyai ramai pelanggan dan perniagaan semakin berkembang. Penjualan semakin meningkat setiap bulan.