mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1/2025 – NURFADIAH BALQIS BIN FAIZ

Latar belakang

Nurfadiah Balqis binti Faiz adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong.  Setiap kali ada kerja kursus mahupun kerja-kerja yang melibatkan penggunaan komputer.  Beliau akan hadir ke NADI untuk menggunakan service yang NADI sediakan.  Beliau juga sering hadir ke NADI untuk melayari internet.  Nurfadiah juga sentiasa mengikuti kelas-kelas ICT yang selalu NADI adakan, daripada itu, beliau sedikit demi sedikit mempelajari ilmu baru.  Sekarang Nurfadiah menyertai kelas tuition di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas ICT di NADI, Nurfadiah hanya mahir menggunakan Microsoft Office Word dan ianya hanyalah basic sahaja.  Selain daripada Microsoft Word, Nurfadiah tidak mahir untuk mengendalikannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh staff NADI Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer, penggunaan ICT dan juga cara mengendalikan Microsoft Word Office yang lain.  Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dapat membuat kerja sampingan berkaitan Microsoft Office dan juga beliau mahir dalam membuat poster di laman sesawang yang di perkenalkan.