BELIA HARAPAN BANGSA
mbfmkeratong02@gmail.com
Cogan kata “Belia Harapan Negara” menjadi identiti Persatuan Belia Felda Keratong 2 atau kini lebih dikenali secara rasminya sebagai Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Keratong 2. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 9 Januari 1990 dan berpusat di Pejabat Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Keratong 2, Wisma JKKR Felda Keratong 2, Bandar Tun Razak, Pahang. Persatuan ini dianggotai oleh belia-belia Felda Keratong 2 yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dan kini seramai 135 orang belia lelaki dan 93 orang belia wanita telah mendaftar sebagai ahli.
Kini MBFM Cawangan Keratong 2 ini diterajui oleh Encik Radzlan Bin Ismail. MBFM ini amat aktif menjalankan dan menjayakan beberapa program yang diadakan di Felda Keratong 2. Pelbagai sumbangan dari segi tenaga dan buah fikiran yang diberikan oleh MBFM banyak membantu memajukan Felda Keratong 2.
Berikut merupakan Carta Organisasi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Keratong 2 :-
(Sumber : Setiausaha Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Keratong 2)