Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Team,
Untuk makluman, pihak MCMC akan menganjurkan satu Majlis Anugerah Usahawan Pusat Internet 1Malaysia 2017 (AUPIM 2017) yang dijadual akan diadakan pada 20 September 2017 (Rabu).
Objektif penganjuran AUPIM 2017 adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar Pi1M disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara.
Mohon rujuk flyer, borang penyertaan dan FAQ bagi Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) untuk tindakan lanjut (seperti di lampiran).
Dokumen yang sama telah dimuat naik di laman sesawang MCMC di pautan berikut:
http://www.mcmc.gov.my/usahawan-(pi1m)/usahawan-terbaik-pusat-internet-1malaysia-(pi1m)
Usahawan yang layak dan berminat boleh menghantar penyertaan mereka dengan mengisi salah satu borang seperti berikut:
- Mengisi borang secara dalam talian menerusi pautan https://usahawanpi1m2017.typeform.com/to/QYIcc
- Muat turun borang penyertaan sama ada pdf atau word format dan dihantar kepada emel usahawanpi1m@cmc.gov.my
Untuk makluman semua, hanya permohonan yang dihantar secara dalam talian sahaja akan diproses. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2017 (Jumaat sebelum pukul 5.00 petang).
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, pihak tuan/puan juga boleh menghubungi pegawai-pegawai MCMC HQ spt berikut:
Nama |
No. Telefon |
|
Siti Zarina Jaafar |
03 – 8688 8060 |
|
Khawlah Sahrim |
03 – 8688 8084 |
Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat kami hargai.
Sekian. Terima kasih.