mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN TEMPATAN (1/2025) – SITI RAMLAH BINTI MD ISA

Nama : Siti Ramlah binti Md Isa

Umur : 47 Tahun

Ahli : 2023

Latar belakang

Puan Siti Ramlah adalah anak peneroka Felda Keratong 2.  Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Beliau mempunyai kemahiran dalam menjahit pakaian.  Selain daripada itu, beliau juga menjalankan perniagaan menjual rojak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam program-program yang di sediakan oleh NADI, beliau hanya menerima tempahan daripada pelanggan yang hadir ke kedai sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menghadiri kelas ict dan kelas keusahawanan di NADI Felda Keratong 2, beliau telah mempelajari banyak ilmu dari segi perkakasan komputer dan kegunaannya, mempelajari Microsoft Office dan jugak mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk jualannya di laman-laman sesawang yang boleh beliau gunakan.  Selain daripada itu, beliau juga turut menghadiri kelas cara-cara pengambilan gambar produk dengan lebih baik supaya Puan Siti dapat menarik banyak  lagi pelanggan.  Perniagaan Puan Siti semakin berkembang dan sudah di ketahui oleh orang ramai.  Beliau banyak iklankan penjualan beliau menggunakan aplikasi whatsapp.  Selain daripada itu, Puan Siti Ramlah sekarang sedang menghadiri kelas Mahir Foto Bersama giat Mara secara online di NADI.